. jodoh . kahwin .

Menjejak umur 20-an ni, aku tak nafikan kadang-kadang ada juga terfikir pasal pasangan,kahwin,anak,etc. tengok anak-anak kecil bermain,ketawa macam tak punyai masalh menenangkan jiwa kadang-kadang.terasa nak cubit-cubit tangan si montel yang comel! aku nak jugak seorang 'anak patung' bergerak ni!



InsyaAllah, akan aku punyai seorang nanti.

Tapi yang lebih penting sekarang, bila melihat kawan-kawan seakan-akan berlumba-lumba berkahwin, aku terfikirkan sesuatu. Dunia ni punyalah besar, luas, tetapi bagaimanakah jodoh kita tu boleh berada di dalam negara yang sama dengan kita? (suku orang saja punyai jodoh dari negara lain)
~ wahhh ayaaat!!~

HA HA HA! Betul what? dunia ni sikit punye besar, tapi macam mana Allah boleh letak jodoh kite tu berada di tempat yang same.kadang-kadang tu ade depan mata kite je, cume kita yang tak perasan. (curious eh?)

Ini yang membuat aku rasa bersyukur sebab dilahirkan terus pada agama Allah. Kita dah boleh nampak betapa besar kekuasaan Nya.

Kenapa Dia tak campak jodoh kita ni di tempat lain? seorang yang kita tak kenal, tapi bila berjumpa, kita tahu itu jodoh kita. Mungkin Dia tak mahu menyusahkan hambanya. Bayangkan Dia campak jauh-jauh, jenuh kite nak mencari weyh! dan mngkin juga Dia tak mahu di penghujungnya nanti, banyak kes perceraian berlaku, keluarga berpecah belah sebab ketidaksamaan budaya, pemikiran antara pasangan mungkin juga keluarga masuk campur. (mungkin..sekadar mungkin)

Aku menulis entry ini bukan untuk melalut, tapi sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri juga betapa kuasa Allah ini Maha Besar yang aku sendiri selalu lupa!
(Ingatkan aku jika aku lupa)

0 ape kata anda?: