EH? Puase dah?

Hai semue!

Macam baru je bulan Rejab. tapi dah Syaaban dah. Lepas tu,,eh? Ramadan dah? Cepat je masa berlalu kann?
Time ni lah nak UPGRADE segale amalan-amalan yang aku tahu banyak nak kene cover balik dosa-dosa kite buat sepanjang tahun ni kan? ;p

okelah. Aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASE DAN MENG'UPGRADE'  segala amalan kite throughout the month! :)

. jodoh . kahwin .

Menjejak umur 20-an ni, aku tak nafikan kadang-kadang ada juga terfikir pasal pasangan,kahwin,anak,etc. tengok anak-anak kecil bermain,ketawa macam tak punyai masalh menenangkan jiwa kadang-kadang.terasa nak cubit-cubit tangan si montel yang comel! aku nak jugak seorang 'anak patung' bergerak ni!



InsyaAllah, akan aku punyai seorang nanti.

Tapi yang lebih penting sekarang, bila melihat kawan-kawan seakan-akan berlumba-lumba berkahwin, aku terfikirkan sesuatu. Dunia ni punyalah besar, luas, tetapi bagaimanakah jodoh kita tu boleh berada di dalam negara yang sama dengan kita? (suku orang saja punyai jodoh dari negara lain)
~ wahhh ayaaat!!~

HA HA HA! Betul what? dunia ni sikit punye besar, tapi macam mana Allah boleh letak jodoh kite tu berada di tempat yang same.kadang-kadang tu ade depan mata kite je, cume kita yang tak perasan. (curious eh?)

Ini yang membuat aku rasa bersyukur sebab dilahirkan terus pada agama Allah. Kita dah boleh nampak betapa besar kekuasaan Nya.

Kenapa Dia tak campak jodoh kita ni di tempat lain? seorang yang kita tak kenal, tapi bila berjumpa, kita tahu itu jodoh kita. Mungkin Dia tak mahu menyusahkan hambanya. Bayangkan Dia campak jauh-jauh, jenuh kite nak mencari weyh! dan mngkin juga Dia tak mahu di penghujungnya nanti, banyak kes perceraian berlaku, keluarga berpecah belah sebab ketidaksamaan budaya, pemikiran antara pasangan mungkin juga keluarga masuk campur. (mungkin..sekadar mungkin)

Aku menulis entry ini bukan untuk melalut, tapi sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri juga betapa kuasa Allah ini Maha Besar yang aku sendiri selalu lupa!
(Ingatkan aku jika aku lupa)

Segmen cx's : geng UiTM by campus


UITM CAMPUS ?
UITM Shah Alam


COURSES?
AP224 (Degree in Quantity Surveying)                     


PART ?
Three (3)






Mari klik sini kalau uoll student UiTM!

Easy Come, Easy Go!

Salam, lama tak post entry ni! Practical training lah sekarang. Kindda buzy. Yeah! Yeah! Alasan mudah nak tutup salah. Actually, aku tak tau nak tulis entry ape tambahan pulak adik-adik yang duduk asrama semua dah balik, amik no giliran pun langgar gak turn tu. Tak kisah la tu kan. BTW, kenapa title entry ni Easy Come Easy Go yea? Alkisah macam ni....

Aku ada seorang kawan rapat. Nama dia Hun (bukan nama sebenar)  Rapat yang macam mane tu yea? Rapat..memang rapat. Segala problem cerita sajalah pada dia. Kalau tak dapat nak tolong solve kan problem tu, at least she's a good shoulder to cry. Yeah! Aku rasa ayat tu dah cukup buat korang faham kot. Tapi, ape masalahnye ni Koko?

Okelah, aku cerita sikit macam mana aku boleh kenal dengan Hun  ni. Dulu, aku couple dengan seorang mamat ni yang sekelas dengan Hun. Disebabkan aku rasa macam ade yang tak kene dengan mamat ni, aku pun mula lah bertanya-tanya pada kawan satu kos dengan mamat ni. dan tekaan aku tepat sekali! Laki ni ade awek lain di belakang lah! Aku add Hun di Myspace, kononnya nak selidik lah memandangkan aku dengar cerita Hun rapat dengan girl yang seorang lagi tu kan. Bermula detik ini, aku semakin rapat dengan Hun.

Tapi, yelah bila easy come ni, easy go jugalah kan? Apa yang menyebabkan kami gado?

Lelaki punya pasal lah. Aku tak salahkan kaum anda yea lelaki-lelaki sekalian. Cuma nak buat cemane, dah ade si Adam ni terselit kat tengah-tengah hal kami. dan disebabkan si Adam nilah kami gaduh! Aku rasa tak perlulah cerita lanjut macam mana storyline perselisihan faham kami ye.

Tapi ape yang penting, aku rasa sangat ter'betrayed' oleh Hun. Ala-ala talam dua muke gitu! Lama jugak aku merajukkan diri dari Hun. Aku block dia dari friends aku. Dan aku ingat, aku akan happy dengan buat macam tu. Tapi...Aku makin rindu pulak nak chat, video call dengan dia. Tapi every time aku nak remove block list tu, aku tak sanggup. Tak tertekan remove tu haa.

Dan aku rasa, lebih baik macam ni. Dari terluka hati buat kali kedua kan? Aku tak mahu nanti, feel BFF tu dah takdak. Tak syok lah kalau aku cakap sepatah, kaw cakap sepatah kan? Baik cakap dengan dinding kat bilik aku ni lagi bagus. Atleast aku tahu dinding memang tak boleh meyahut. Haha.

So, ape aku nak nasihat adelah. Bukan mudah nak cari kawan, sahabat, BFF (tak kisah lah nak gelar ape pun) yang betul-betul boleh pakai. Aku pun sedang cuba untuk menjadi yang terbaik, kawan yang terbaik buat semua orang yang aku kenal. Jangan mudah sangat percaya dan bergantung harap pada kawan yang kita baru kenal. Takut nanti jadi macam kisah aku dan si dia ni. Kawan Easy Come, Easy Go!

Actually masa taip entry ni, aku tengah dengar lagu ni, Bruno Mars - Grenade. Dengarlah! Kalau tengok video clipnya, mungkin kisah seorang lelaki yang sanggup berkorban untuk perempuan yang dicintai. Tapi kadang-kadang ia terjadi pada persahabatan juga. Syahdu pulak dengar lagu ni. Teringat kat Hun!

HUN! I MISS U SO MUCH! (T_T)


*Dengar tau lagu ni! Sweet sangat lirik nya!
*sorry, entry ni tak letak picture. Aku tengah sedih ni, tak sempat nak pikir nak letak gambar ape :(

Opocot!

maakk aih! tadi aku baru je kene 'april fool' dengan kawan aku sorang ni. jantan lah semestinye kawan aku tu. tapi memandangkan sekarang bukan bulan april, so aku tukar jadi 'may fool' (haduss..tak sedap pulak bunyi nye) 
haa, kenapa aku letak tajuk entry ni macam ni? dan kenapa aku cakap tadi, aku baru saja kene 'may fool' dengan seorang kawan aku ni? cerita bermula disini.

oh! maaflah

Aku tibe-tibe dapat mood nak tulis blog semula. entries yang lame-lame aku dah delete. maaflah! aku rasa seperti mahu mula dengan yang baru, lupakan yang lama. i want to start with new style n stories laahh!! bagi support yeah! =p

oh! maaflah...
aku selalu dengar dan selalu guna pun words ni 'oh!maaflah'.