Easy Come, Easy Go!

Salam, lama tak post entry ni! Practical training lah sekarang. Kindda buzy. Yeah! Yeah! Alasan mudah nak tutup salah. Actually, aku tak tau nak tulis entry ape tambahan pulak adik-adik yang duduk asrama semua dah balik, amik no giliran pun langgar gak turn tu. Tak kisah la tu kan. BTW, kenapa title entry ni Easy Come Easy Go yea? Alkisah macam ni....

Aku ada seorang kawan rapat. Nama dia Hun (bukan nama sebenar)  Rapat yang macam mane tu yea? Rapat..memang rapat. Segala problem cerita sajalah pada dia. Kalau tak dapat nak tolong solve kan problem tu, at least she's a good shoulder to cry. Yeah! Aku rasa ayat tu dah cukup buat korang faham kot. Tapi, ape masalahnye ni Koko?

Okelah, aku cerita sikit macam mana aku boleh kenal dengan Hun  ni. Dulu, aku couple dengan seorang mamat ni yang sekelas dengan Hun. Disebabkan aku rasa macam ade yang tak kene dengan mamat ni, aku pun mula lah bertanya-tanya pada kawan satu kos dengan mamat ni. dan tekaan aku tepat sekali! Laki ni ade awek lain di belakang lah! Aku add Hun di Myspace, kononnya nak selidik lah memandangkan aku dengar cerita Hun rapat dengan girl yang seorang lagi tu kan. Bermula detik ini, aku semakin rapat dengan Hun.

Tapi, yelah bila easy come ni, easy go jugalah kan? Apa yang menyebabkan kami gado?

Lelaki punya pasal lah. Aku tak salahkan kaum anda yea lelaki-lelaki sekalian. Cuma nak buat cemane, dah ade si Adam ni terselit kat tengah-tengah hal kami. dan disebabkan si Adam nilah kami gaduh! Aku rasa tak perlulah cerita lanjut macam mana storyline perselisihan faham kami ye.

Tapi ape yang penting, aku rasa sangat ter'betrayed' oleh Hun. Ala-ala talam dua muke gitu! Lama jugak aku merajukkan diri dari Hun. Aku block dia dari friends aku. Dan aku ingat, aku akan happy dengan buat macam tu. Tapi...Aku makin rindu pulak nak chat, video call dengan dia. Tapi every time aku nak remove block list tu, aku tak sanggup. Tak tertekan remove tu haa.

Dan aku rasa, lebih baik macam ni. Dari terluka hati buat kali kedua kan? Aku tak mahu nanti, feel BFF tu dah takdak. Tak syok lah kalau aku cakap sepatah, kaw cakap sepatah kan? Baik cakap dengan dinding kat bilik aku ni lagi bagus. Atleast aku tahu dinding memang tak boleh meyahut. Haha.

So, ape aku nak nasihat adelah. Bukan mudah nak cari kawan, sahabat, BFF (tak kisah lah nak gelar ape pun) yang betul-betul boleh pakai. Aku pun sedang cuba untuk menjadi yang terbaik, kawan yang terbaik buat semua orang yang aku kenal. Jangan mudah sangat percaya dan bergantung harap pada kawan yang kita baru kenal. Takut nanti jadi macam kisah aku dan si dia ni. Kawan Easy Come, Easy Go!

Actually masa taip entry ni, aku tengah dengar lagu ni, Bruno Mars - Grenade. Dengarlah! Kalau tengok video clipnya, mungkin kisah seorang lelaki yang sanggup berkorban untuk perempuan yang dicintai. Tapi kadang-kadang ia terjadi pada persahabatan juga. Syahdu pulak dengar lagu ni. Teringat kat Hun!

HUN! I MISS U SO MUCH! (T_T)


*Dengar tau lagu ni! Sweet sangat lirik nya!
*sorry, entry ni tak letak picture. Aku tengah sedih ni, tak sempat nak pikir nak letak gambar ape :(

1 ape kata anda?:

Mastura MY said...

apela koko ni :p